top of page
NURUL WAHIDA BINTI AHMAD SUKRI (D20201093073)

MENDISIPLINKAN PELAJAR

Perkataan disiplin berasal dari Bahasa Latin “discipline” yang bererti “latihan atau pendidikan kesopanan dan kerohanian serta pengembangan tabiat.” Selain itu, disiplin turut muncul sebagai usaha untuk memperbaiki perilaku individu sehingga mereka akan patuh pada peraturan atau norma yang berlaku.Tambahan pula, menurut Siswanto (2001), telah menjelaskan bahawa disiplin adalah suatu sikap menghormati, menghargai, patuh, dan taat terhadap peraturan-peraturan yang berlaku, baik yang bertulis maupun tidak tertulis serta sanggup menjalankannya dan tidak mengelak untuk menerima sanksi-sanksinya apabila ia melanggar tugas dan wewenang yang diberikan kepadanya.Namun, secara ringkasnya, menurut pendapat para ahli telah menyimpulkan bahawa disiplin adalah suatu kondisi yang tercipta dan terbentuk melalui serangkaian perilaku yang menunjukkan nilai-nilai ketaatan, kepatuhan, kesetiaan, ketenteraman, keteraturan dan ketertiban.

Di Malaysia, peranan guru di sekolah amatlah besar dan berat dalam membimbing serta membentuk disiplin yang baik dalam kalangan pelajar.Hal ini dikatakan demikian kerana, untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang tinggi, berketrampilan dari segi sikap, tingkah laku serta mempunyai akhlak yang terpuji sememangnya amat mencabar.Oleh yang demikian, guru disiplin merupakan antara watak utama dan paling penting dalam menguruskan disiplin pelajar sperti sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling pelajar, kerana untuk memastikan tahap kawalan disiplin pelajar dapat di atasi.

Dalam pada itu, menurut Mohd Ismail (2006), di dalam pengurusan disiplin pelajar ia berkait rapat dengan kawalan disiplin pelajar oleh pihak sekolah kerana melibatkan tiga aspek tindakan iaitu :

a. Penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutama sekali penentuan kesalahan tatatertib.

b. Pelaksaan proses tatatertib

c. Mengenakan hukuman tatatertib

Di samping itu, kebanyakkan sekolah menggubal peraturan-peraturan sekolah berasaskan undang-undang dan pekeliling yang sedia ada yang diterima oleh sekolah dari semasa ke semasa (Abdul Rahman dan Mohd Ismail, 2006). Hal ini dikatan demikian kerana, pelaksaannya dilakukan dengan arahan daripada pengetua yang memberikan kuasa kepada badan disiplin serta pengawas sekolah yang terlibat untuk menyiasat sekaligus menjatuhkan hukuman terhadap pelajar yang telah melanggar peraturan sekolah.

Selain itu, antara unit yang paling penting dalam pengurusan mendisiplinkan pelajar ialah unit HEM atau Jawatankuasa Hal Ehwal Murid. Jawatan ini akan merangka program-program yang membantu sekolah bagi menjayakan visi dan misi sesebuah sekolah tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila unit ini memainkan peranan penting untuk membimbing setiap guru disiplin dalam melicinkan pengurusan sekolah terutamanya dalam dalam mendisiplinkan pelajar. Sebagai contoh, pelabagai masalah yang akan dibincangkan oleh unit HEM ini, seperti membincangkan kes-kes disiplin pelajar.

Oleh itu,disiplin pelajar telah menunjukkan acuan sesebuah sekolah ke atas seseorang pelajar tersebuat pada masa hadapannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, membentuk serta membimbing pelajar dalam mencapai sifar masalah semestinya akan di usahakan oleh setiap guru-guru.Oleh yang demikian, perancangan yang bijak dan ketelitian yang mendalam dalam sesuatu perkara amatlah penting untuk melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang dan lahirnya pelajar-pelajar yang berakhlak mulia serta mempunyai jati diri yang utuh akan terlaksana.

22 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page