top of page
photo_2021-05-26_17-21-47.jpg

PENGURUSAN MURID

(KPS3014)

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan pembelajaran memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Menurut Nurlia Mohamad (2012), pengurusan pembelajaran merupakan suatu proses merancang aktiviti pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan terhadap perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar proses pembelajaran berjalan sebagaimana yang dirancang. Pakar Pendidikan, Zuwati Hasim dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi Universiti Malaya menyatakan salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah melalui sistem pengurusan pembelajaran yang tersusun dan berkesan. Selain itu, seperti yang sedia maklum pengurusan pembelajaran berfungsi dalam menentukan penyampaian ilmu iaitu berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pengurusan pembelajaran juga penting untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan pengawalan kelas secara optimum dan berkesan.

sakinah_edited.jpg

NurSakinah Binti Saiman (D20201093085)

nabila_edited.jpg

Puteri Nabilla Binti Nadbidi (D20201093931)

photo_2021-05-17_16-15-05_edited.jpg

Nurul Aiena Sofiea Binti Mohd Amar (D20201093058)

nasyitah_edited.jpg

Nasyitah binti Kamdon (D20201093096)

wahida_edited.jpg

Nurul Wahida Binti Ahmad Sukri (D20201093073)

bottom of page