top of page
  • NURSAKINAH BINTI SAIMAN (D20201093085)

MENGURUS REKOD MURID

DEFINISI

Merekod dapat didefinisikan sebagai aktiviti mencatat maklumat secara bersistematik berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu secara huraian, mengira masa dan menghitung jumlah serta mencatatkan maklumat secara kesimpulan atau pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu perkara.

JENIS- JENIS REKOD MURID

REKOD KEHADIRAN

Pepatih MySekolah adalah aplikasi canggih yang dibangunkan bagi melihat kehadiran pelajar dengan menggunakan teknologi biometrik iaitu teknologi yang menggunakan imbasan cap jari. Teknologi ini memerlukan pelajar untuk mengesahkan kehadiran menggunakan cap jari dan notifikasi kehadiran ke sekolah akan dihantar secara terus kepada ibu bapa melalui aplikasi tersebut yang dimuat turun dalam telefon pintar masing- masing. Teknologi yang dibangunkan tersebut merupakan salah satu usaha bagi mencapai petunjuk indeks prestasi ( KPI) 95 peratus kehadiran pelajar ke sekolah dan dapat mengurangkan beban guru untuk merekod kehadiran setiap pelajar secara manual setiap hari.

REKOD PEPERIKSAAN

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS berfungsi sebagai pusat pengumpulan, penyimpanan dan menganalisi data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem atas talian ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis serta mengenal pasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisi TOV ( Take Over Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR (Actual Result). Guru- guru dikehendaki memasukkan keputusan peperiksaan dan ujian pelajar ke dalam pangkalan data dan ibu bapa dapat mengakses keputusan peperiksaan anak mereka. Matlamat SAPS adalah untuk menilai prestasi akademik pelajar dan membolehkan pentadbiran yang lebih baik.

REKOD KESIHATAN

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid- murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan murid yang optimum. Perkhidmatan kesihatan ini diberikan kepada murid- murid sekolah bantuan kerajaan Malaysia. Antara pakej perkhidmatan kesihatan yang disediakan ialah :

· Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

· Perkhidmatan Pergigian Sekolah

· Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah

REKOD KOKURIKULUM

Rekod kokurikulum terbahagi kepada tiga buah kadi aitu uni beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan. Setiap kad mempunyai warna yang berbeza bagi memudahkan proses pengrekodan markah. Muka halaman hadapan kad terdapat beberapa ruangan iaitu nama murid, tingkatan, kegiatan, jawatan, bidang, aktiviti, tarikh, tandangan penasihat atau penganjur dan nama guru penasihat. Bagi muka halaman belakang kad hanya boleh diisi oleh ketua guru penasihat sahaja kerana ianya melibatkan penilaian kokurikulum pelajar. Setiap aktiviti yang disertai pelajar perlulah mempunyai nama aktiviti , tarikh aktiviti dijalankan dan nama guru penasihat atau penganjur.

66 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page