top of page
Writer's pictureNASYITAH BINTI KAMDON (D20201093096)

ANALISIS SWOT

SWOT merupakan singkatan bagi Strengths (kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunities (peluang), dan Threats (ancaman). Ia merupakan kaedah untuk menganalisis permasalahan dari empat sisi tersebut. Hasil daripada analisis ini akan mempertahankan kekuatan dan peluang sedia ada akan digunakan bagi dapatan hasil yang memuaskan hati. Seterusnya, kelemahan yang telah dikenalpasti daripada sesuatu organisasi tersebut hendaklah mengambil sebarang inisiatif bagi mengurangkan kelemahan yang ada. Ancaman yang bakal datang juga dapat dihindari melalui analisis ini. Bagi membangunkan organisasi yang cemerlang, analisis ini sesuai digunakan dengan kaedah yang tepat dan sesuai.

1. Ketulusan dalam merancang.

2. Mewujudkan budaya berfikir dalam pengurusan

3. Melihat sekeliling kita sebelum melangkah ke hadapan.

4. Proses mencari penambahbaikan.

5. Fakto Luaran – (tidak boleh dikawal) Sosial, Ekonomi, Politik, Teknologi, Persekitaran.

6. Analisis persekitaran dalaman dan luaran boleh dilakukan secara : pemerhatian, pengalaman yang dilalui dan soal selidik.

7. Merupakan langkah-langkah penting dalam proses perancangan strategik.

8. Menganalisis maklumat tentang Persekitaran dalaman dan luaran organisasi.


KEPENTINGAN ANALISIS SWOT

1. Membolehkan program dirancang secara S.M.A.R.T

2. Misi dan Visi Perancangan Strategik boleh dilaksana dan dicapai.

3. Mendapat strategi yang tepat setelah menyediakan T.O.W.S Matriks.


Contoh Penggunaan Analisis SWOT

1. Peningkatan prestasi subjek-subjek

2. Peningkatan Prestasi UPSR/PT3/SPM/STPM

3. Pembukaan kelas-kelas Tingkatan 6

4. Pembukaan kelas Aliran Sains Tulin, MPV & Aliran Teknikal


STRENGTH (KEKUATAN)

Kekuatan yang perlu dimiliki oleh sesebuah sekolah adalah sekolah itu perlulah mempunyai kemudahan yang dapat membantu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, sekolah perlulah menjalankan satu program yang dapat membentuk motivasi seorang pelajar seperti Majlis Graduasi yang memberi ganjaran dan hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan. Ini akan menambahkan lagi semangat para pelajar bagi menggapai sebuah prestasi yang lebih cemerlang dan lebih ke hadapan. Program bicara akademik turut diadakan yang bertempat di setiap kelas. Ini akan membantu kesediaan belajar murid tersebut dalam bidang akademiknya dari sudut penilaian serta motivasi yang berkesan. Seterusnya, pelaksanaan tiga elemen budaya dalam pendidikan yang diterapkan dalam sekolah iaitu kasih sayang, kegembiraan dan saling hormat-menghormati kerana melalui penerapan budaya ini, jalinan antara pihak sekolah dan pelajar akan bertambah erat.

WEAKNESS (KELEMAHAN)

Setiap sekolah pasti mempunyai kelemahannya tersendiri. Kelemahan yang wujud ini akan menjadi halangan kepada guru dan pelajar dalam meneruskan pembelajaran yang berkesan. Misalnya fasiliti yang terdapat di sekolah yang kurang memuaskan, sumber kewangan tidak mencukupi untuk melaksanakan aktiviti dan tidak dapat menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif. Perkara ini dapat menjadi halangan kepada pelajar untuk menerima pembelajaran yang berkesan kerana terdapat kekurangan dari segi persekitaran dan sebagainya. Selain itu, guru juga tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa PdP berlangsung kerana terlalu banyak aktiviti luar yang dijalankan semasa sesi sekolah seperti hari sukan, hari kokurikulum dan aktiviti-aktiviti lain. Perkara ini akan membuatkan pelajar banyak ketinggalan dalam pembelajarannya dan perkara ini akan membuat pelajar itu lemah dalam sesetengah subjek itu kerana ia lebih aktif mengikuti aktiviti luar.


OPPORTUNITIES (PELUANG)

Peluang yang ada di sekolah ialah di mana pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sentiasa komited dalam memberi komitmen. Hal ini demikian menampakkan jalinan serta hubungan yang baik dalam kalangan pihak sekolah serta PIBG. Selain daripada sokongan terhadap sistem pengrekodan murid, terdapat komitmen yang ditunjukkan dalam pelaksanaan program-program yang melibatkan motivasi serta kesediaan belajar bagi murid. Dengan ini murid dapat pendedahan yang efektif akan dunia luar serta dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan sokongan yang ditunjukkan oleh pihak tersebut. Seterusnya, hubungan yang baik antara murid dan guru wujud atas dasar sokongan serta motivasi yang cukup baik daripada pihak sekolah.


THREAT (ANCAMAN)

Antara ancaman yang dihadapi di sekolah ialah kadar taraf hidup yang tinggi bagi ibu bapa murid tertentu kerana terdapat rekod yang menunjukkan murid yang bekerja sambil belajar di sekolah. Hal ini akan menjurus kepada ketidaktumpuan pelajar di dalam kelas dan menjejaskan rekod prestasi murid serta sekolah. Selain itu, masih ada ibu bapa yang meletakkan tugas mendidik anak mereka 100% kepada guru kerana ekspektasi mereka terhadap sekolah sangat tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa pelajar yang lebih mementingkan kerja mereka dan sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Oleh itu, mereka menghantar anak-anak mereka kesekolah kerana tiada yang mendidik anak mereka di rumah dan meletakkan tanggungjawab 100% kepada guru untuk mendidik anak mereka menjadi seorang yang berjaya.

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page