top of page
Writer's pictureNURUL AIENA SOFIEA BINTI MOHD AMAR (D20201093058)

MOTIVASI MURID

DEFINISI MOTIVASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, motivasi bermaksud keinginan yang kera atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan atau sikap seseorang pelajat yang mempelajari sesuatu bahasa. Selain itu, motivasi juga memberi maksud sesuatu yang membuat atau endorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.

Motivasi juga boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut Strenberng (2001), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Selain itu, motivasi turut melibatkan sesuatu proses yang memberi kuasa dan arahan yang menggerakan tingkah laku seseorang. Manakala bagi Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi boleh ditakrifkan sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di sekolah.

Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik yang berkaitan rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zaraida, 2004). Menurutnya lagi, jika seorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu adalah bermotivasi. Selain daripada itu, motivasi tidak hanya terikat kepada pembelajaran sahaja

KEPENTINGAN

Motivasi mempunyai beberapa kepentingan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid. Kepentingan yang pertama adalah untuk menarik minat murid bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran. Hal ini akan mencetus kepentingan kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran di dalam kelas semasa guru mengajar di hadapan kelas. Selain itu, motivasi juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada.

Terdapat 8 jenis motivasi yang dikembangkan oleh guru di dalam kelas iaitu :

1. Motivasi tugas

2. Motivasi aspirasi

3. Motivasi persaingan

4. Motivasi afiliasi

5. Motivasi kecemasan

6. Motivasi menghindari

7. Motivasi penguatan

8. Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri.

15 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page